My Darling Angel

Tahun Penerbitan : April 2016
Pengarang : Ayra Awatif


SINOPSIS

Pertemuan pertama kali di antara mereka langsung tidak di rancang. Kehilangan Haziq sewaktu bermain di taman tasik telah menjadikan titik permulaan pertemuan di antara Elzaara dan juga Brian. Salam perkenalan yang dihulurkan oleh Brian buat Elzaara tidak pernah bersambut. Hanya dia yang terhegeh-hegeh.

Brian William – “I love her since we first met. Sejak itu I tak boleh nak lupakan dia. Walaupun pertemuan yang berlaku terlalu singkat, tapi kesannya I masih lagi rasa sampailah sekarang..”

Cinta tak mengenal sesiapa. Biarlah orang kata dia kolot tetapi dia yakin dengan apa yang dia rasakan. Pelbagai cara dia gunakan untuk memikat hati keras Elzaara, tapi malangnya hati Elzaara tidak mudah untuk menerima segala umpan daripada lelaki itu. Hatinya sudah bertekad untuk tidak akan mempercayai lelaki kerana dendam kesumatnya.

Elzaara Natasya – “Aku tak percaya langsung! Bagi aku kehadiran lelaki dalam hidup wanita ni hanya menyusahkan hidup. Bukti dah ada pun depan mata. Kalau orang lain nak kahwin, silakan. Aku takkan halang, tapi jangan paksa aku untuk memperjudikan masa depan aku dalam hubungan perkahwinan ni. Aku takkan terima. Full stop!”

Sikap prejudis dan dendam Elzaara terhadap lelaki takkan pernah padam. Baginya lelaki ini hanya menyusahkan hidupnya sahaja. Fokusnya kini hanya terhadap Haziq seorang. Tapi, takdir Allah telah merubah segalanya. Kemelut yang melanda kehidupan mereka merubah segala-galanya.

Dapatkah Brian memadamkan dendam kesumat yang terpahat kukuh di hati Elzaara? Berjayakah hati Elzaara yang sekeras batu kerikil dilembutkan oleh lautan cinta suci Brian? Dan benarkah Elzaara sebenarnya isteri orang?

BELI SEKARANG!!

HARGA SEBUAH

SEMENANJUNG : RM 25.00
SABAH/SARAWAK : RM 28.00
*HARGA BERUBAH MENGIKUT TEMPAT PEMBELIAN*

Leave a comment

A WordPress.com Website.